suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda peluk erat nenek usia 100 tahun bikin warganet terharu

Rakaman video pelukan erat cucu dan nenek ini tular di media sosial.

RAKAMAN video seorang pemuda yang memeluk erat neneknya menjadi tular di media sosial baru-baru ini, sehingga mencapai lebih 30.2 juta tontonan.

Mana tidaknya, warganet berasa terharu melihat hubungan erat dan momen dua beranak itu meskipun pandangan mata si nenek kelihatan kosong.

ARTIKEL BERKAITAN: Rogol sambil rakam video, lelaki ini dipenjara 11 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu zuriat lagi, ibu 3 anak tergamak bunuh bayi baru lahir... sorok mayat 2 hari di rumah

Rata-rata warganet menganggarkan umur si nenek 100 tahun kerana kelihatan sangat tua.

Malah badannya tersangat kurus manakala kulitnya juga kelihatan pucat.

Pun begitu menerusi rakaman yang tular berkenaan, pemuda terbabit yang juga cucunya kelihatan sangat menyayangi nenek tersebut.

"Tatapan kosong tetapi masih bergerak. Lihat tangannya memegang kaki pemuda itu.

"Dijaga terus ya... apapun yang diminta, berikan saja.

"Fikiran aku sudah fikir bermacam-macam. Kalau nenek minta apa-apa, please ikut sahaja bang.

"Tatapan kosong mungkin pengaruh penglihatan si nenek," ujar beberapa netizen. - Okezone

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain