suria

[V] Misteri ribuan ikan naik ke darat, penduduk gempar serbu kutip

Tangkap layar video ribuan ikan naik ke darat.

PENDUDUK setempat digemparkan dengan kejadian ribuan ikan naik ke darat.

Fenomena itu dirakamkan menerusi video yang tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi 1 minit dan 6 saat itu, insiden berlaku di Pulau Bidadari, di Kepulauan Seribu di Jakarta, Indonesia.

"Ribuan ikan yang biasa dipanggil ikan Tembang Minyak atau temi melompat ke Pulau Bidadari,” tulis menerusi satu perkongsian di laman instagram @jakut.info, pada Isnin.

"Ikan-ikan ini juga melompat ke pantai sehingga menjadi bualan penduduk setempat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangkai memenuhi kawasan pantai, punca ribuan ikan naik ke darat terus jadi misteri

"Penduduk mengutip ikan semahunya secara percuma dan tidak bersusah payah ke laut," menurut kenyataan itu lagi.

Tidak dipastikan punca ribuan itu muncul ke permukaan sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, ramai penduduk memperoleh banyak ikan dan dibawa pulang.

"Malah ada yang mendapat seguni ikan. Kemunculan ikan ini biasanya dikenali sebagai fenomena upwelling akibat arus sejuk yang naik ke permukaan," tulisnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain