suria

[V] Lelaki tercungap-cungap buat ‘live’ kongsi tragedi pesta Halloween Itaewon… Audio jeritan wanita bukti suasana luar kawalan

Tangkap layar video tular mengenai kekecohan berlaku di Itaewon, Seoul, Korea.

TULAR di Twitter satu rakaman live menunjukkan suasana tegang dan menakutkan sewaktu sambutan pesta Halloween di Itaewon, Korea Selatan.

Video yang dirakam seorang lelaki itu jelas menunjukkan dia mengalami kesukaran untuk bernafas dipercayai akibat kepadatan manusia di lokasi.

Mereka kelihatan berhimpit dan bertolak-tolakan antara satu sama lain untuk cuba keluar daripada perhimpunan yang dipercayai dihadiri lebih 100,000 peserta itu.

Dalam rakaman sama jelas kedengaran jeritan wanita yang panik dengan keadaan berkenaan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan nasib lelaki yang membuat rakaman tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Korban Halloween Itaewon ragut 149 nyawa... Tular rakaman muda-mudi terus berjoget halang ambulans

Terdahulu pihak berkuasa memaklumkan sekurang-kurangnya 149 maut dan lebih 78 lagi cedera akibat sesak nafas dan serangan jantung.

Daripada 149 orang yang meninggal dunia, 101 mangsa dipindahkan ke hospital.

Baki 45 mayat disimpan di lokasi dan kemudiannya dipindahkan ke gimnasium berdekatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain