suria

[V] Korban Halloween Itaewon ragut 149 nyawa… Tular rakaman muda-mudi terus berjoget halang ambulans

Responden pertama merawat pesakit mengalami serangan jantung di Itaewon, Seoul, Korea pada hari Sabtu. (Yonhap)

SAMBUTAN Hari Halloween di Bandar Itaewon, Korea Selatan bertukar menjadi tragedi hitam apabila sekurang-kurangnya 149 maut dan lebih 78 lagi cedera akibat sesak nafas dan serangan jantung.

Menurut laporan The Korean Herald, pihak bomba mula menerima laporan tentang pesakit mengalami kesukaran bernafas kira-kira pukul 10.22 malam Sabtu, waktu tempatan.

Daripada 149 orang yang meninggal dunia, 101 mangsa dipindahkan ke hospital.

Baki 45 mayat disimpan di lokasi dan kemudiannya dipindahkan ke gimnasium berdekatan.

Identiti mangsa yang maut dijangka mengambil sedikit masa, demikian menurut pegawai bomba.

Kebanyakan yang maut berumur dalam lingkungan 20-an.

Sementara itu Ketua bahagian jenayah Polis Yongsan, Choi Eul-cheon, berkata tiada laporan berkaitan dadah disahkan membabitkan tragedi itu.

Berdasarkan beberapa rakaman yang tular di media sosial, dapat dilihat suasana sesak di sepanjang berlangsungnya acara perarakan itu.

Salah satu video yang tular menunjukkan orang ramai masih lagi menari dan terus berhibur di kala ambulans sedang berusaha memasuki kawasan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan pasukan penyelamat gagal memberi bantuan segera. - The Korea Herald

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain