suria

Saintis ramal ribut besar angkasa akibatkan ‘kiamat internet’, gangguan bertahun-tahun

Ribut besar di angkasa diramalkan mencetuskan 'kiamat internet'. foto Getty Images/Science Photo Library R

KEJADIAN ribut besar di angkasa diramalkan berlaku, menyebabkan 'kiamat Internet' dalam dekad akan datang.

Menurut sekumpulan saintis, keadaan itu nanti akan menyaksikan gangguan internet selama berbulan-bulan, atau bahkan bertahun-tahun merosakkan satelit dan talian kuasa.

Dr Benjamin Pope dari Universiti Queensland di Australia berkata, berdasarkan data tersedia, kira-kira satu peratus peluang untuk melihat ribut lain dalam dekad akan datang.

"Tapi kita tidak tahu bagaimana untuk meramalkan atau apa bahaya yang mungkin berlaku disebabkannya.

"Kemungkinan ini agak membimbangkan dan meletakkan asas untuk penyelidikan lanjut,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Pengembara masa' ramal Amsterdam binasa dihentam meteor pada 2023

Pasukan saintis itu menggunakan lapisan pada batang kayu untuk meramalkan fenomena tersebut.

"Letusan besar sinaran kosmik yang dikenali sebagai Peristiwa Miyake ini berlaku kira-kira sekali setiap 1,000 tahun tetapi puncanya tidak jelas.

“Teori utama adalah letusan suria yang besar. Kita perlu mengetahui lebih lanjut, ini kerana jika salah satu daripadanya berlaku hari ini, ia akan memusnahkan teknologi termasuk satelit, kabel internet, talian kuasa jarak jauh dan transformer.

“Kesan ke atas infrastruktur global juga tidak dapat dibayangkan," kata Dr Benjamin lagi. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain