suria

[V] 3 jenazah ‘terkeluar’ dari kubur, hanyut dibawa arus

Salah satu jenazah yang hanyut dibawa arus deras. sumber Metara News

TULAR video yang menunjukkan jenazah dalam keadaan masih berbalut dengan kain kafan hanyut dibawa arus ketika banjir.

Dalam keterengan video, kejadian berlaku di Kampung Pandangan di Ngantru, Tulungagung di Jawa Timur, Indonesia.

Ketua Polis Ngantru, AKP Sumaji mengesahkan kejadian itu.

Menurut beliau, jenazah dihanyutkan arus deras ketika banjir yang melanda tanah perkuburan awam di kawasan tersebut pada Sabtu lalu.

"Ada tiga jenazah yang terkeluar dari kubur dan hanyut dibawa arus," kata Samaji memetik Antara.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Viral video tanah perkuburan tenggelam banjir, tetap gigih nak kebumi jenazah

Beliau berkata, petugas melakukan pemindahan jenazah selepas banjir surut.

Tambahnya lagi, tiga jenazah tersebut kemudian diangkat dan dikebumikan semula di tanah perkuburan sama tetapi di lokasi yang tidak terjejas dengan banjir.

"Kita telah melakukan pemindahan pada Isnin," katanya. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain