suria

Wanita dakwa berjaya temui semula kucing hilang di gereja terbiar selepas dapat petunjuk menerusi mimpi

Nikki gembira berjaya menemui semula kucing kesayangannya yang hilang.

SEORANG wanita berjaya menemui semula kucing peliharaannya yang hilang di sebuah gereja terbiar, selepas mendapat 'alamat' menerusi mimpi.

Nikki Myring-Thomas, 50, dilanda kebimbangan apabila kucing kesayanyannga, Inka, yang berusia tiga tahun hilang selama empat hari.

Ibu dua anak dari Talybont, Wales, berkata kucing itu hilang pada 10 September.

Nikki berkata dia kemudian bermimpi Inka terperangkap di dalam sebuah gereja berhampiran, yang tidak lagi dibuka kepada orang ramai.

"Saya bermimpi bahawa Inka dikurung di Gereja St David yang menghadap ke ladang kami.

"Saya terbangun kira-kira pukul 4 pagi dan fikir ia agak pelik dan kemudian baru tertidur.

"Apabila saya bangun keesokan harinya, saya terfikir untuk memeriksa gereja terbiar berkenaan.

"Saya perhatikan tingkap kecil di bahagian belakang gereja telah pecah, dan kemudian cuba memanggil nama Inka.

"Tidak lama kemudian saya terdengar bunyi suara 'meow' dari dalam gereja," ceritanya.

Nikki berkata dia berasa aneh bagaimana boleh mendapat firasat menerusi mimpi, namun bersyukur kerana menemui semula kucing kesayangannya. - Mirror.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain