suria

[V] Sayu saat seekor monyet muncul di majlis pengebumian, berkali-kali kejut mayat tuannya

Seekor monyet memberikan penghormatan kepada tuannya yang sudah meninggal dunia.

VIDEO yang menggambarkan ikatan atau kasih sayang antara haiwan dan manusia sememangnya sangat menyentuh emosi.

Bukan sahaja membuktikan masih wujud empati dan rasa kasih di atas bumi ini, tetapi video sedemikian juga menunjukkan bagaimana haiwan juga tahu berterima kasih kepada manusia atas layanan baik yang diberikan.

Dalam satu video menyayat hati yang dikongsikan di Twitter, penghormatan yang diberikan oleh seekor monyet kepada seorang lelaki semasa majlis pengebumiannya membuatkan ramai sebak.

"Seekor monyet memberi penghormatan di #pengebumian tuannya di #Batticaloa," demikian kapsyen pada posting itu.

Video itu menunjukkan monyet itu duduk dekat kepala lelaki itu yang sering menjaga dan memberi makan kepadanya sebelum dia meninggal dunia, dalam kejadian di Batticaloa, Sri Lanka.

Sepanjang rakaman klip, dapat juga dilihat haiwan berkenaan membelai-belai kepala, malah tunduk kepadanya.

Monyet itu juga sempat mencium mayat di hadapannya dan apabila menyedari lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksi, haiwan itu cuba mengangkat pula tangannya. - Indiatoday

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain