suria

Bapa tergamak pukul, tanam anak 6 tahun hidup-hidup kerana berbohong

John Kraft didakwa pukul dan tanam anak hidup-hidup. foto KDKA/Greene County Sheriff’s Office

SEORANG bapa didakwa memukul, mencekik dan menanam anak perempuannya yang berusia enam tahun hidup-hidup kerana dikatakan berbohong.

Menurut satu aduan jenayah yang diperoleh KDKA, budak itu memberitahu polis bahawa bapanya, John Kraft, 50, akan 'mengebumikannya' di halaman rumah apabila bapanya percaya dia berbohong.

Dalam kejadian di Amerika Syarikat, pekerja sosial di Pennsylvania pada September mendapati terdapat lebam di muka dan badan kanak-kanak itu.

Anak perempuan Kraft dan adiknya memberitahu pekerja sosial dua minggu lalu bahawa dia 'menguburkannya' di dalam lubang di halaman rumah.

Menurut laporan polis, kanak-kanak itu memaklumkan bahawa Kraft akan meninggalkannya di halaman rumah sehingga dia memberitahu kebenaran dan kemudian akan keluar dari tanah dalam keadaan kotor dan berbau seperti kumbahan.

Peguam Daerah Greene County, David Russo berkata, ia adalah salah satu kes penderaan kanak-kanak paling teruk pernah dilihatnya.

"Dakwaan bahawa kanak-kanak ini telah dipukul dengan kejam, mempunyai lebam di seluruh badannya bahawa dia dicekik sehingga pengsan," kata Russo.

Mangsa berkata, bapanya juga akan memukulnya menggunakan tali pinggang.

Pihak berkuasa mengumpul bukti bahawa badan gadis itu mempunyai lebam baharu dan lama.

Kraft, dari Waynesburg, menghadapi pertuduhan termasuk serangan teruk, cekik, serangan mudah, pemenjaraan palsu ke atas seorang bawah umur dan sekatan yang menyalahi undang-undang ke atas seorang di bawah umur.

Dia kini ditahan di penjara dan dikenakan bon.

Kedua-dua mangsa dan adiknya kini ditempat di bawah perlindungan. - Metro UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain