suria

Sentuh pokok paling bahaya, budak umur 4 tahun tiba-tiba alami simptom aneh

Mangsa mengalami ruam berisi air selepas menyentuh pokok tersebut. Foto: Hardy Mill Primary School.

SEORANG kanak-kanak perempuan mengalami ruam berisi air pada tangannya selepas menyentuh tumbuhan paling berbahaya di Britain.

Mangsa mengalami simptom aneh selepas bersentuhan dengan tumbuhan hogweed gergasi ketika bermain di sebuah taman di Bolton, Manchester.

Lebih teruk, mangsa yang berusia empat tahun turut dimasukkan ke hospital selepas kejadian itu.

Imej yang dikongsi oleh Sekolah Rendah Hardy Mill menunjukkan ruam berisi air timbul pada tangannya akibat kejadian yang berlaku pada 4 Jun lalu.

Dalam satu kenyataan, pihak sekolah berkata: "Seorang murid kami telah bersentuhan dengan tumbuhan ini ketika cuti separuh penggal dan akhirnya terpaksa dirawat di hospital kerana melecur tahap kedua.

"Sila perhatikan tumbuhan ini di taman-taman dan persekitaran ketika keluar dengan anak-anak anda. Kami telah dimaklumkan bahawa tumbuhan ini pasti tumbuh di Taman Longsight.

"Adalah berguna untuk menunjukkan kepada anak-anak anda rupa tumbuhan ini supaya mereka dapat mengelak daripada menyentuhnya," ujar kenyataan itu.

Hogweed gergasi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan kerengsaan pada kulit kerana toksinnya meresap jauh ke dalam sel, lapor Manchester Evening News.

Rumpai itu boleh membesar sehingga enam meter tinggi, manakala setiap tumbuhan hogweed gergasi boleh merebak untuk meliputi julat sekitar dua meter juga. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Foto: Hardy Mill Primary School.

Artikel Lain