suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja sado miliki kekayaan luar biasa, beli kereta mewah tapi tak dibenarkan memandu

Donald memulakan saluran YouTube pada tahun 2019.

RAMAI yang memasang impian untuk bergelar jutawan.

Bagi Donald Dougher, dia tidak perlu menunggu lama untuk mengecap kemewahan dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM berjaya buat transformasi ‘kurus ke sado’ walau pernah nak menyerah kalah - “Dari mulut kawan-kawan juga...”

Malah pada usia 15 tahun, dia turut diberi gelaran sebagai 'budak paling kaya' di Amerika Syarikat (AS).

Namun, gelaran itu agak kurang tepat kerana dia dikatakan tersenarai pada kedudukan ke-19 dalam kategori tersebut.

Dia memulakan saluran YouTube pada tahun 2019 dan kini meraih pendapatan kira-kira £17,000 (RM91,333) setiap bulan.

Selain YouTube, video yang dihasilkan remaja itu menerusi TikTok dan Instagram turut meraih jutaan tontonan.

Kekayaan yang dimiliki membolehkan dia mengumpul pelbagai kereta mewah termasuklah Bugatti, McLaren dan banyak lagi biarpun usianya masih belum layak untuk memandu di negara itu.

Selain dirinya, keluarga remaja itu juga dikatakan bukan orang biasa-biasa.

Sebelum ini, Donald pernah mengejutkan peminat apabila dia berkata keluarganya ‘meninggalkan’ sebuah rumah bernilai £4.8 juta (RM25.77 juta) selepas bilik bawah tanah mereka dinaiki air. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain