suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rogol 6 kali, kasanova perdaya wanita terima padah

Seorang lelaki berusia 34 tahun didakwa merogol empat wanita. - gambar hiasan

POLIS menahan seorang lelaki berusia 34 tahun kerana didakwa merogol empat wanita di Jayapura, Papua di Indonesia.

Ketua Polis Jayapura City Resort, AKBP Victor Makbon berkata, suspek turut didakwa mencuri barang-barang milik mangsa.

"Terdapat empat laporan polis yang dibuat dari 22 Mac hingga 8 Mei 2022, di mana insiden membabitkan rogol dan kecurian.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa diperkosa lebih 8 kali sehingga maut! Teman lelaki antara suspek ditahan polis

"Suspek akhirnya ditahan pada Selasa (31 Mei)," kata Makbon di Jayapura, pada Rabu.

Modus operandi menunjukkan suspek menjadikan penjual makanan yang berniaga pada waktu pagi, sebagai sasarannya.

Menerusi pembelian itu, suspek akan mendekati mangsa.

"Suspek akan memujuk mangsa untuk membeli barang dalam kuantiti yang banyak.

"Mangsa akan dibawa ke satu lokasi sebelum dirogol," tambah Makbon.

Hasil siasatan mendapati suspek mengaku telah merogol sebanyak enam kali.

Sehubungan itu, Makbon meminta mangsa yang belum membuat laporan polis supaya segera berbuat demikian.

Kes disiasat di bawah Artikel 285 Kanun Jenayah dengan hukuman penjara maksimum 12 tahun. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia