suria

Demi keselamatan 'anak-anak', wanita sanggup bersesak dalam kereta redah ratusan batu beberapa kali

Olena sanggup meredah ratusan batu demi menyelamatkan anjing peliharaannya.- Foto: Kennedy News and Media

DEMI keselamatan 'anak-anak', seorang wanita memandu keluar dari negara Ukraine yang kini berada dalam ketidakstabilan.

Difahamkan, untuk trip pertama Olena Lukash membawa kira-kira 20 ekor anjing jenis bulldog Perancis di dalam keretanya untuk merentasi sempadan Poland.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah aniaya anjing peliharaan, pasangan suami isteri dipenjara tiga bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 800 gigitan... Pelajar sedia 'keluar' rumah walau telinga, muka terkoyak diserang anjing

Dia kemudian sanggup menggadaikan nyawa dengan kembali semula ke lokasi bergolak di Kyiv bagi mengambil 30 ekor anjing lagi.

Menurutnya, tindakan berani itu adalah kerana dia menganggap semua anjing peliharaan sebagai anak-anaknya.

Beberapa trip ke Ukraine akan dilakukan demi membawa kesemua anjing peliharaan.- Foto: Kennedy News and Media

Beberapa trip ke Ukraine akan dilakukan demi membawa kesemua anjing peliharaan.- Foto: Kennedy News and Media

"Saya tidak percaya peperangan akan bermula. Pada minggu pertama, saya menjangkakan ia akan segera tamat, tapi pencerobohan semakin menghampiri kawasan rumah dan dia sedar keselamatan anjing perlu dijaga," katanya yang berhadapan kekangan disebabkan peningkatan harga petrol.

Tambahnya, pada masa ini dia berada kira-kira 300 kilometer dari kawasan konflik berkenaan dan berharap kesemua anjingnya dalam diletakkan di kawasan selamat di Eropah.

"Saya begitu sayangkan anjing-anjing ini dan sanggup buat apa sahaja untuk menyelematkan mereka. Saya akan melakukan beberapa lagi trip ke Ukraine untuk membawa semua anjingnya keluar selain perlu membuat kutipan demi kesejahteraan haiwan berkenaan," jelasnya. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain