suria

Gempar lidah lelaki bertukar hitam, berbulu! Doktor dedah perkara biasa, ini 4 sebabnya

Lidah seorang lelaki bertukar hitam dan berbulu. foto Jama Network/ American Medical Association

LIDAH seorang lelaki bertukar warna hitam dan tumbuh bulu selepas dia menjalani diet cecair.

Lelaki berusia 50 tahun itu berdepan dengan situasi di mana lapisan tebal kulit mati dan bakteria tumbuh di lidahnya.

Ia berlaku sewaktu dia menjalani diet makanan campuran dan sup selama dua bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Buang rasa malu, gadis ini jana pendapatan hasil jual bulu... tak sangka ada orang tergamak beli

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar! Penduduk kampung lihat lembaga berbulu setinggi 6 kaki awal pagi

Keadaan itu dipanggil lingua villosa nigra, yang sering berlaku dan boleh disebabkan oleh beberapa faktor.

Kebiasaannya, ia disebabkan oleh penjagaan kebersihan mulut yang tidak memuaskan, merokok, penggunaan ubat kumur yang kuat dan beberapa antibiotik.

Ini termasuk pengambilan makanan yang lembut sahaja kerana makanan lebih keras dapat mengikis sel mati dari lidah semasa makan.

Menurut Akademi Perubatan Oral Amerika, sehingga 13 peratus orang dewasa mengalami 'lidah berbulu hitam' pada satu masa dalam hidup mereka.

Kebiasaannya asimtomatik, dengan kadang-kala pesakit mungkin berasa seperti 'terbakar' atau geli di bahagian lidah, selain loya dan nafas berbabu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain