suria

Petani terkejut isteri dibunuh di sawah padi, jumpa jenazah dalam keadaan telanjang

Mayat wanita itu dihantar ke sebuah hospital untuk bedah siasat. Foto: SHUTTERSTOCK.

SEORANG wanita dari Desa Jatimulya, Jawa Tengah, Indonesia ditemukan meninggal dunia dalam keadan badannya yang dicincang, pada Rabu.

Pada hari kejadian, mangsa dan suaminya keluar bekerja di dua kawasan sawah padi yang berbeza, dengan jarak kira-kira 2 kilometer (km).

ARTIKEL BERKAITAN: Duda 56 tahun mati, kena serangan jantung ketika lakukan seks dengan anjing dan patung bersaiz manusia

Selesai kerja, suaminya pulang dan menunggu di rumah, namun kelibat isterinya langsung tidak kelihatan.

Sekitar dua jam kemudian, lelaki itu keluar semula ke sawah sebelum menjumpai mayat isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang.

"Akhirnya saya pergi ke padang dan mendapati isteri saya dalam keadaan menyedihkan. Mayat terbaring tidak bermaya, semua pakaian telah ditanggalkan. Saya terkejut dan segera meminta pertolongan," kata lelaki yang mahu dikenali sebagai W itu.

Penduduk setempat kemudiannya terus menghubungi polis dan mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, W ketika ditemui di kediamannya pada Khamis berkata, keadaan sekitar sawah lokasi kejadian itu sangat sunyi.

W juga mengakui bahawa isterinya tidak pernah bercerita sekiranya dia menghadapi masalah dengan seseorang atau ada masalah lain.

Malah, ketika berangkat ke sawah, mangsa dalam keadaan sihat dan normal.

"Saya dan isteri biasanya pergi ke sawah bersama-sama, tetapi kadang-kadang juga secara berasingan.

"Ya, saya rasa itu kerana kami sudah biasa, jadi tidak ada firasat atau terfikir kejadian seperti ini," kata W lagi. - Kompas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain