suria

Ngeri! Lelaki letupkan dubur sendiri guna dinamit

Seorang lelaki bertindak meletupakan duburnya sendiri menggunakan dinamit. foto Chris Murphy

SEORANG lelaki terpaksa mendapatkan rawatan perubatan kecemasan selepas memasukkan alat letupan seperti dinamit ke dalam duburnya sendiri dan meletupkannya.

Kejadian mengerikan itu dilaporkan dalam jurnal perubatan yang disusun oleh penyelidik yang diketuai oleh Ali E. Zumrutbas, di Jabatan Urologi di Pusat Pengajian Perubatan Universiti Pamukkale di Denizil, Turki.

Dalam laporan itu, mereka berkata: "Kes ini melaporkan seorang pesakit skizofrenia mengalami pelbagai sistem genitourinary dan trauma rektum selepas meletupkan sendiri bahan letupan dalam rektum dan menjalani pembedahan rekonstruktif tanpa sebarang komplikasi selepas itu.

"Seorang lelaki berusia 35 tahun dimasukkan ke jabatan kecemasan hospital kami kerana mengalami kecederaan rektum," menurut laporan itu.

Pesakit berkenaan dilaporkan mempunyai sejarah mencederakan diri sendiri.

Lelaki yang tidak dinamakan dalam laporan tersebut, sebelum ini memotong buah zakarnya dan juga mempunyai sejarah menyiat kulit beberapa kali.

"Dia memasukkan bahan letupan kecil seperti dinamit ke dalam duburnya dan melepaskannya.

"Selepas pembedahan awal, dia dirujuk ke hospital kami untuk pembinaan semula genitourinary. Dia mempunyai kolostomi dan lubang besar dengan diameter 10 sentimeter di kawasan duburnya."

Pembaikan pundi kencing dan 'pembinaan semula lubang besar di kawasan dubur' dilakukan dan doktor melaporkan insiden itu disifatkan 'keadaan ekstrem' kepada pesakit skizofrenia.

"Trauma letupan perlu ditangani dengan berhati-hati kerana kesan kecederaan haba mungkin lebih teruk daripada yang dilihat," kata mereka. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain