suria

Lelaki positif Covid-19 didakwa gagal pakai pelitup muka, batuk ke arah individu lain

Lelaki positif Covid-19 didakwa ganggu orang lain dengan cara batuk ke arah mereka.

SEORANG lelaki positif Covid-19 dituduh gagal menggunakan pelitup muka serta telah mengganggu dua individu lain dengan cara melepaskan batuk ke arah mereka.

Tamilselvam Ramaiya, 62 tahun, yang hadir di mahkamah daerah pada Khamis (30 Disember) berdepan dengan dua tuduhan mengganggu dan satu lagi tuduhan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara).

Warga Singapura ini dikatakan melakukan kesalahan itu di pejabat logistik di Senoko Way, Singapura sekitar 10.30 pagi pada 18 Oktober.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan bila dia dikenal pasti menghidap Covid-19 dan apa yang dilakukan di situ.

Tamilselvam dikatakan melepaskan batuk ke arah dua orang - seorang lelaki dan seorang perempuan.

Tidak dinyatakan jika kedua-duanya kemudian dijangkiti Covid-19.

Sidang praperbicaraannya akan diadakan pada 17 Januari.

Bagi setiap kesalahan mengganggu, seorang pesalah boleh dipenjara hingga enam bulan dan didenda hingga $5,000.

Pesalah kali pertama yang dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara) akan dipenjara hingga enam bulan dan didenda hingga $10,000.

Pesalah berulang boleh dipenjara hingga setahun dan didenda hingga $20,000. - Berita Harian SG

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

positif, covid-19, batuk, pelitup muka

Artikel Lain