suria

Bekerja 34 tahun jadi pemandu bas, wanita ini sedih diberi notis tamat perkhidmatan dengan alasan ‘terlalu rendah’

Tracey Scholes diberi notis tamat perkhidmatan selepas 34 tahun bekerja sebagai pemandu bas.

SELEPAS mendedikasikan 34 tahun hidupnya sebagai seorang pemandu bas, wanita ini akhirnya diberitahu bahawa dia "terlalu rendah" untuk pekerjaan tersebut.

Tracey Scholes yang bekerja di depoh Queens Road di Cheetham Hill, mendapat notis penamatan pada November selepas berkhidmat selama 34 tahun sebagai pemandu bas.

Laporan mengatakan bahawa Scholes ditamatkan perkhidmatan kerana firma bas Go North West mengubah kedudukan cermin sisi dan tidak sesuai dengan ketinggiannya.

Antara alasan lain, wanita berusia 57 tahun itu didakwa tidak lagi dapat memandu dengan selamat.

Scholes cuba membuat rayuan terhadap notis tersebut.

"Ini sangat menyedihkan. Saya seorang ibu tunggal dengan tiga anak, sebuah rumah, ada gadai janji dan sekarang hampir Krismas. Saya tidak pernah dikenakan tatatertib, tidak pernah digantung kerja," dia berkata.

Rakan sekerjanya melancarkan petisyen yang kini mempunyai lebih daripada 1,700 tandatangan. - Indiatimes

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain