suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh bekas mengandungi ayam mentah diletak luar kedai makan, tikus berkeliaran

Foto kiri menunjukkan ayam mentah yang diletakkan secara terbuka, foto kanan tikus berkeliaran di kawasan sama, foto MEN MEDIA

SEORANG pemilik kedai makan membuat permohonan maaf selepas satu video menunjukkan seekor tikus berkeliaran berdekatan bekas makanan yang terbuka di luar premis.

Kejadian yang berlaku di Hessie Road di Hull, United Kingdom itu dirakamkan oleh seorang penduduk.

Ia kemudian dikongsi di media sosial sehingga mengejutkan ramai terutama para pelanggan.

Video tersebut menunjukkan tikus-tikus berkeliaran di luar premis, dengan salah seekornya berada dalam bakul plastik yang ditinggalkan berdekatan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Satu lagi klip video dari rakaman itu menunjukkan sebiji mangkuk besar yang mengandungi ayam mentah diletakkan bersebelahan dengan bakul tersebut.

Ini termasuk sebiji lagi mangkuk berisi kerepek, dan kedua-dua bekas makanan itu tidak ditutup.

Bercakap pada Isnin, pengurus kedai makan itu memohon maaf kepada pelanggannya.

Dia menjelaskan bahawa makanan tersebut diletakkan di luar premis selama beberapa minit sementara dapur dibersihkan.

Tambah pengurus itu, pekerja yang bertanggungjawab melakukan perkara itu telah dipecat. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain