suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Influencer buat hal, bawa pam payudara ketika lalu karpet merah festival filem

Kata Diipa, tindakannya untuk memberi susu badan kepada anak tidak patut dipertikaikan oleh orang lain.

KEHADIRAN influencer, Diipa Buller-Khosla ke acara Festival Filem Cannes ternyata menjadi bualan ramai.

Ketika melintasi karpet merah, Diipa turut membawa alat pam payudara yang mana ia telah dilekatkan pada busana yang digayakannya.

Ujar Diipa, dia ada alasan tersendiri atas perbuatannya itu.

Ujar influencer yang baru melahirkan bayi perempuan pada awal tahun lalu, dia mahu memberi perhatian terhadap topik berkaitan ibu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sudah tentu ia memerlukan pengalaman untuk anda faham apa yang sesuai dan tak sesuai sebagai ibu.

"Menjadi ibu muda tak bermakna kami sentiasa perlu risau tindakan kami betul atau salah, " ujarnya menepis segala komen mengenai dirinya sebelum ini.

Malah kata Diipa, tindakannya untuk memberi susu badan kepada anak tidak patut dipertikaikan oleh orang lain.

Diipa turut berkongsi foto di karpet merah itu menerusi Instagram miliknya. - India Today.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain