suria

Berjaya tamatkan misi ke angkasa lepas... Richard Branson tergamam, tidak percaya akhirnya impian tercapai

Branson, yang dilihat dalam tangkapan layar menerusi video secara langsung menggambarkan perjalanan tersebut sebagai "pengalaman seumur hidup" ketika pesawat ruang angkasa meluncur kembali ke Bumi.

USAHAWAN dan juga bilionair terkenal, Sir Richard Branson akhirnya berjaya melengkapkan misinya ke angkasa lepas.

Warga Britain itu mengambil masa beberapa dekad untuk merealisasikan impiannya dan kini beliau boleh menggelarkan dirinya sebagai angkasawan.

Pada pagi Ahad jam 8.30 pagi (waktu tempatan), sebuah pesawat roket kecil yang dikendalikan oleh Virgin Galactic telah membawanya serta lima kru lain ke angkasa lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat milik Jeff Bezos rancang bawa wanita pertama ke bulan tak lama lagi

Kapal VSS Eve itu melepaskan roketnya pada altitud 85 kilometer, lebih jauh berbanding sempadan 80 kilometer yang dianggap Amerika Syarikat sebagai sempadan angkasa lepas pada pukul 8.40 pagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Semasa menghadiri sidang akhbar, Branson kelihatan masih lagi dalam keadaan tidak percaya dan tergamam.

“Saya tidak tahu apa yang akan keluar daripada mulut saya kerana masih rasa saya sedang berada dalam ruang angkasa, ” ujarnya.

Walaupun Unity telah melakukan tiga perjalanan sebelumnya ke angkasa lepas, ini adalah pelancaran pertama yang menyerupai penerbangan komersial seperti yang dijanjikan Virgin Galactic kepada orang ramai. Penerbangan ini dikendalikan oleh dua juruterbang - David Mackay dan Michael Masucci dan empat lagi kru termasuk Branson. - The New York Times

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain