suria

Kecoh! Penumpang wanita dipakaikan pita pelekat gara-gara nak buka pintu pesawat, serang kru kabin

Penumpang wanita ini dipakaikan pita pelekat kerana dikatakan cuba mencetuskan kekecohan di dalam pesawat. Foto: TikTok/aireanamathena

SEORANG penumpang American Airlines dipakaikan pita pelekat di tempat duduknya gara-gara mencetuskan kekecohan di dalam pesawat.

Dalam insiden ketika penerbangan dari Dallas ke Charlotte pada 6 Julai, penumpang tersebut dikatakan cuba membuka pintu pesawat selain mengganggu kru kabin yang cuba menghalang tindakannya.

Terdahulu, seorang penumpang berkongsi di media sosial mengenai situasi kekecohan yang sedang berlaku di dalam pesawat.

"Seperti ada kekacauan tapi kami tidak ada yang tahu apa yang sedang terjadi, " tulis seorang penumpang di video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Juruterbang kemudian membuat pengumuman meminta penumpang untuk kekal di tempat duduk masing-masing, dan memaklumkan bahawa 'keadaan buruk sedang berlaku di dalam pesawat sekarang', tulisnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kemudian kami secara beransur-ansur mula mendengar lebih banyak jeritan, " tulis penumpang itu lagi.

Video yang tular di media sosial menunjukkan penumpang wanita tersebut dilekatkan pita pelekat pada mulutnya dan pada badan di tempat duduknya.

Di dalam video tersebut, penumpang yang identitinya belum dikenal pasti, kelihatan menjerit ketika penumpang lain melewati tempat duduknya untuk keluar pesawat.

Paramedik kemudian dilihat siap sedia menunggu sebaik sahaja pesawat mendarat.

American Airlines mengesahkan kejadian itu dalam satu kenyataan. - Dailystar

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain