suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita hasilkan barang kemas daripada gigi orang mati, tempahan pernah mencecah harga RM32,000!

Jacqui menghasilkan perhiasan atau barang kemas daripada gigi orang yang sudah meninggal dunia atas permintaan pelanggan yang juga waris si mati. Foto: Jacqui Williams/SWNS

SEBILANGAN daripada kita lebih gemar perhiasan yang diperbuat daripada berlian atau batu permata.

Namun seorang wanita di Australia mengejutkan ramai apabila menghasilkan perhiasan yang diperbuat daripada 'tinggalan' orang yang sudah meninggal dunia.

Pemilik Grave Metallum Jewellery, Jacqui Williams, 29, menjual cincin, gelang dan kalung yang diperbuat daripada 'tinggalan' mayat sama ada gigi, rambut ataupun abu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jacqui mengakui perkara berkenaan agak mengerikan, namun dia menekankan bahawa barang kemas atau perhiasan yang dihasilkannya dapat membantu menghilangkan rasa rindu dan sedih bagi mereka yang kehilangan orang tersayang.

"Saya melakukan kerja ini kerana saya ingin menolong orang mengubati kesedihan mereka, " katanya.

Jacqui biasanya mengambil masa antara enam hingga lapan minggu untuk menyiapkan tempahan pelanggannya.

Perhiasan yang dihasilkannya berharga antara £190 (RM1, 107) hingga lebih dari £5,400 (RM31,460). - Dailystar

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain