suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang bikin kecoh dalam pesawat gara-gara enggan pakai pelitup muka

Anggota polis membawa keluar penumpang yang enggan memakai pelitup muka. foto EAST2WEST NEWS

SEORANG penumpang lelaki mencetuskan kekecohan apabila enggan memakai pelitup muka dalam pesawat.

Lelaki berusia 29 tahun itu dilaporkan menolak permintaan beberapa kali daripada kru kabin dan juruterbang supaya mematuhi peraturan.

Rakaman menunjukkan penumpang tersebut dibawa keluar oleh pihak berkuasa dari pesawat bagi penerbangan dari Makhachkala ke Moscow, Rusia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pesawat tambang rendah itu merupakan anak syarikat kepada syarikat penerbangan negara, Aeroflot.

Keengganan penumpang berkenaan untuk memakai pelitup muka menyebabkan kelewatan penerbangan selama kira-kira sejam.

Menurut laporan, lelaki itu disiasat kerana didakwa memukul seorang anggota polis. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain