suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita terkejut temui gigi manusia dalam ‘fish and chips’, hanya sedar selepas termakan

Penemuan gigi manusia dalam hidangan fish and chips. foto Newsflash

SEORANG wanita dikejutkan menemui gigi manusia dalam hidangan fish and chipsnya.

Dia berkata, penemuan itu berlaku ketika sedang makan bersama seorang rakan di sebuah kafe.

Kejadian dilaporkan berlaku di Singapura.

Menurut wanita itu, dia hanya menyedari perkara tersebut setelah gigi manusia itu berada di dalam mulutnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Keadaan itu membuatkan dia mengeluarkan semula objek keras berkenaan dan ia kelihatan seperti gigi manusia yang telah berubah warna.

Dia kemudian membuat perkongsian gambar tersebut di Facebook pada 6 Julai lalu.

Menurut laporan media tempatan, wanita itu bagaimanapun telah memadam postingnya selepas dpercayai menerima pampasan dan permohonan maaf daripada kafe tersebut. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain