suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengorbanan guru... sanggup tunggang unta ke kawasan kampung semata-mata tak mahu pelajar ketinggalan

Sekumpulan guru sanggup meredah gurun dengan menunggang unta demi memastikan pelajar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Foto: India.com

SEKUMPULAN guru di Rajasthan, India sanggup berkorban demi memastikan para pelajar di luar bandar tidak ketinggalan dalam pelajaran di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Memahami sebilangan besar pelajar kurang berkemampuan dan tidak mempunyai akses internet untuk belajar secara atas talian (online), guru-guru ini mengambil inisiatif 'turun padang' untuk menyampaikan ilmu.

Kumpulan guru ini sanggup meredah gurun dengan menaiki unta semata-mata untuk pergi ke perkampungan yang terletak di luar bandar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pengarah Jabatan Pendidikan Rajasthan, Saurav Swami berkata: "Daripada 7,500,000 pelajar, ramai yang tidak memiliki telefon bimbit.

"Oleh itu, kerajaan negeri memutuskan bahawa guru akan pergi ke rumah mereka seminggu sekali untuk kelas gred 1 hingga 8, dan dua kali seminggu untuk kelas gred 9 hingga 12," katanya.

Usaha kumpulan guru ini mendapat pujian dan penghargaan daripada pentadbiran sekolah. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain