suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ular sawa gergasi terlepas di pusat beli belah ditemui semula selepas dua hari

Cara akhirnya ditemui semula selepas dua hari terlepas dari Blue Zoo Aquarium. Foto: Facebook/ Blue Zoo Baton Rouge

ULAR sawa gergasi sepanjang 12 kaki yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu, sudah ditemui semula.

Ular bernama Cara itu terlepas daripada kawasannya di Blue Zoo Aquarium yang berada di dalam Mall of Louisiana, Baton Rounge.

'Kehilangannya' menyebabkan seluruh pusat membeli-belah itu ditutup buat sementara waktu.

Ular itu akhirnya berjaya ditangkap pada awal pagi Khamis lalu, dua hari selepas kehilangannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ia dijumpai di ruang atas bahagian siling di pusat membeli-belah tersebut.

Blue Zoo Aquarium berkongsi berita tersebut menerusi hantaran di Facebook, dan turut memuat naik video Cara diselamatkan.

Ia jiga memaklumkan bahawa reptilia berkenaan ditemui dalam keadaan selamat dan sihat. - Dailystar

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain