suria

Budak 10 tahun cedera disimbah asid, pintu rumah diketuk individu tidak dikenali

Kesan terbakar di lantai akibat serangan asid oleh individu tidak dikenali. foto SWNS.com

SEORANG kanak-kanak perempuan menjadi mangsa simbahan asid dalam kejadian di utara London, United Kingdom.

Selain mangsa berusia 10 tahun, turut diserang adalah seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berumur 43 dan 36 tahun.

Kesemua mereka cedera dalam insiden di Colindale, Isnin malam.

Polis berkata, ketiga-tiga mangsa telah discaj dari hospital.

Jiran-jiran mempercayai serangan dilakukan oleh individu tidak dikenali dengan mengetuk pintu rumah mangsa.

Lantai di dua pangsapuri dilihat mempunyai kesan terbakar, ekoran simbahan cecair itu.

Siasatan mengenai kejadian sedang dijalankan pihak berkuasa. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain