suria

Nasib malang pasangan diraja, Putera Harry dedah kisah isterinya jadi mangsa kebencian di media sosial

Harry dan Meghan sering menjadi sasaran pelbagai komen kebencian di media sosial.

APABILA bergelar figura awam, kehidupan golongan itu sering menjadi tatapan masyarakat.

Apa sahaja yang dilakukan, pasti akan ada yang menilai dari segenap sudut.

Begitu juga dengan pasangan diraja Putera Harry dan Meghan Markle.

Menurut Harry menerusi satu artikel yang diterbitkan pada Jumaat, isterinya sering menjadi mangsa gangguan di media sosial.

Malah, perkara itu sudah lama bermula, sejak mereka mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, pasangan itu juga sudah berhenti menggunakan media sosial kerana tidak tahan dengan pelbagai komen yang dilemparkan.

Namun dalam perkembangan terbaharu, Putera Harry menafikan bahawa isterinya sudah berhenti menggunakan media sosial kerana mereka sememangnya tidak mempunyai sebarang akaun berkenaan.

"Kami bangun pada satu pagi dan membaca berita bahawa kami berhenti menggunakan media sosial.

"Ia satu 'berita' bagi kami kerana kami tidak pernah berhenti, kami juga tidak ada media sosial sejak 10 bulan lepas.

"Kami akan kembali ke media sosial apabila masanya telah tiba," kata Harry lagi. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain