suria

Lelaki mengaku bersalah rakam video anak tiri sedang mandi, siap kongsi dengan kawan

Lelaki itu turut meluahkan rasa menyesal atas segala perbuatan yang dilakukan.

PERBUATAN keji seorang lelaki merakam video anak tirinya yang sedang mandi membawa padah apabila dia dihadapkan ke mahkamah.

Dalam perbicaraan di Wellington, New Zealand baru-baru ini, lelaki yang tidak didedahkan identiti itu mengaku bersalah atas perbuatan yang dilakukan pada tahun 2019.

Pada waktu itu, pelaku yang berusia 48 tahun membuat 59 rakaman video memaparkan remaja perempuan itu sedang mandi.

Malah, video itu turut dikongsi dengan rakannya serta dijadikan bahan jenaka.

Perbuatan terbongkar selepas isterinya menemui rakaman itu yang disimpan dalam sebuah laptop.

Menurut hakim, perbuatan itu merupakan satu pencerobohan ruang peribadi.

Lelaki itu turut meluahkan rasa menyesal atas segala perbuatan yang dilakukan.

Bagaimanapun, dia hanya dihukum tahanan di rumah selama tujuh bulan dan tidak dibenarkan mendekati anak tirinya.

Lelaki itu juga sudahpun berpisah dengan isterinya yang juga ibu mangsa. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain