suria

Model dakwa sering jadi sasaran penjenayah kerana miliki wajah cantik

Dia dirompak oleh sekumpulan lelaki di Las Vegas pada tahun lalu sehingga menjadikan dirinya trauma.

WHITNEY Paige, 26, dari Florida, sudah terbiasa menerima pujian orang ramai.

Malah, dia turut memiliki 1.5 juta pengikut di Instagram.

Namun, model itu tidak terlepas menjadi sasaran penjenayah termasuklah menerusi beberapa insiden yang berlaku sebelum ini.

Ujarnya, dalam salah satu kejadian, dia dirompak oleh sekumpulan lelaki di Las Vegas pada tahun lalu sehingga menjadikan dirinya trauma.

"Saya sering menjadi mangsa secara dalam talian atau di dunia sebenar.

"Detektif yang siasat kes ini berkata saya sangat beruntung, dia tak pernah lihat kes seperti ini sepanjang kerjayanya," ujar Whitney.

Tambah model itu lagi, dia percaya dia sering menjadi sasaran kerana dirinya yang menarik serta sikapnya yang suka bergerak sendirian.

"Biasanya saya bergerak sendirian, maka saya sering menjadi sasaran.

"Saya juga menarik dan ia tak membantu saya kerana saya sering menjadi perhatian awam," ujarnya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain