suria

Dilabel ‘terlalu cantik’ bekerja dalam perubatan, doktor bidas komen ‘haters’

Medina bersuara selepas dilabelkan 'terlalu cantik' bekerja dalam bidang perubatan. -foto drculver / Instagram

SEORANG doktor yang dilabelkan 'terlalu cantik' untuk bekerja dalam bidang perubatan bersuara buat netizen yang membencinya (haters) di laman sosial.

Medina Culver yang berusia 30an, membuat klip video menyenaraikan semua sebab mengapa orang mengatakan dia tidak seharusnya bekerja dalam bidang perubatan.

Memberi alasan pertama, doktor dari Amerika Syarikat (AS) di media sosial berkata: "Tak cukup bijak. Keputusan GPA tidak cukup tinggi."

Dalam video itu, dia menambah: "Terlalu cantik. 'Gunakan penampilan anda untuk sara hidup, bukan otak anda'."

Medina kemudian memberitahu bahawa orang mengatakan kepadanya: "Sebagai wanita, anda harus fokus membina keluarga dan berkahwin sebelum sesuatu karier."

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana tidak membiarkan netizen terus membencinya apabila mengatakan: "Dan saya tidak mendengar pun kesemua mereka."

Menerusi satu kapsyen, katanya: "Kita sering dikelilingi oleh orang-orang yang memberitahu kita apa yang tidak dapat kita lakukan.

"Berhentilah mendengarkan mereka. Percayalah pada diri kamu, impian kamu.... percayalah pada perjalananmu," katanya.

Sejak dia berkongsi klip tersebut pada 12 Januari lalu kepada lebih 43,500 pengikut Instagramnya, ia memperoleh lebih 8,410 tanda suka. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain