suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seminggu tahan sakit, budak lelaki dirawat selepas masukkan 20 bebola magnet dalam alat sulit

Setelah dibawa ke hospital, kanak-kanak itu terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang bebola magnet berkenaan.

SEORANG budak lelaki berusia 11 tahun memasukkan 20 bebola magnet dalam alat sulitnya dan menahan sakit selama seminggu sebelum memberitahu ibu bapanya.

Akibat perbuatan itu, dia mengalami kesukaran untuk kencing secara normal.

Lebih teruk, dia turut mengalami simptom kencing berdarah.

Berasal dari Dongguan, China, dia dibawa ke hospital sebelum dirawat dan perlu menjalani pembedahan.

Pemeriksaan doktor menemui bebola berkenaan sebelum prosuder untuk membuangnya dilakukan.

Dalam pada itu, seorang doktor yang merawat kes itu turut memberi komen mengenai kejadian berkenaan.

"Kanak-kanak sering curiga dengan tubuh mereka sewaktu membesar.

"Perbuatan memasukkan sesuatu benda dlaam badan berlaku ke atas kanak-kanak lelaki berymur lima hingga enam atau 10 hingga 13 tahun," katanya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

bebola magnet, China, hospital, pembedahan

Artikel Lain