suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang cemas, kapten hilang kawalan hingga feri rempuh kawasan berbatu

Kejadian berlaku di pulau San Nicola, Isole Tremiti, Itali.

MALANG tidak berbau.

Mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan nasib dialami penumpang sebuah feri di Itali.

Niat di hati mahu menikmati panorama indah sambil menaiki kenderaan itu, namun ia pula hilang kawalan sehingga berlaku kemalangan.

Menerusi kejadian di pulau San Nicola, Isole Tremiti, kapten dilaporkan hilang kawalan sehingga feri tersebut merempuh kawasan berbatu.

Dalam satu rakaman tular, feri itu kelihatan tersadai sambil menunggu ketibaan bot penyelamat.

Sewaktu kejadian, hanya tujuh penumpang berada di dalam feri dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut laporan, wujud isu teknikal yang mengakibatkan kapten gagal mengendalikan feri tersebut. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Pulau San Nicola, feri, kapten, cemas

Artikel Lain