suria

Ibu beli mesin vendor, mahu anak bayar sendiri setiap kali minta makanan tak berkhasiat

Wanita itu berkongsi kaedah unik dia mendidik anak menerusi laman Instagram.

SETIAP ibu bapa ada cara tersendiri untuk mendidik anak-anak mereka.

Begitu juga dengan jururawat anak ini yang tampil dengan idea kreatif untuk memberi pengajaran buat empat orang anaknya.

Menurut Sarah Baldson, dia membeli sebuah mesin vendior dan ia diisi dengan coklat, gula-gula dan kerepek.

Namun kata wanita dari Northumberland itu, anak-anaknya perlu membuat kerja rumah untuk mendapatkan wang.

Kemudiannya barulah ia boleh digunakan untuk membeli aneka makanan tidak berkhasiat itu.

Jika mereka lapar dan tidak mempunyai wang, mereka boleh sahaja meminta makanan sihat yang akan diberikan secara percuma.

Kata Sarah, anak perempuannya berusia lapan dan sembilan tahun, manakala anak lelaki berusia lima dan dua tahun.

Sarah turut berkongsi mengenai kaedah unik itu dalam mendidik anaknya menerusi laman Instagram. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

mesin vendor, jururawat, makanan

Artikel Lain