suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 4 tahun maut terkena tembakan sewaktu acara BBQ keluarga

Kejadian berlaku di San Antonio, Texas.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun terbunuh selepas terkena tembakan sewaktu bermain di kediaman keluarganya di San Antonio, Texas.

Sewaktu kejadian, keluarga itu sedang menjalankan acara BBQ.

Beberapa ahli keluarga dewasa sedang berkumpul manakala mangsa bersama seorang lagi kanak-kanak lain bermain di sebuah bilik.

Mereka kemudiannya terdengar bunyi tembakan sebelum melihat kanak-kanak itu berlumuran darah di bahagian perut.

Usaha keluarga menghantar mangsa ke hospital bagaimanapun berakhir dengan berita duka apabila dia disahkan meninggal dunia.

"Ada yang dengar bunyi tembakan dan berlari masuk ke dalam rumah, lihat dia dah berdarah.

"Sekarang kami sedang siasat bagaimana ia sebenarnya boleh berlaku," ujar ketua polis San Antonio, William McManus.

Ujarnya, polis sedang meneliti fakta kes dan masih tidak dapat mengenalpasti bagaimana dua kanak-kanak itu menjumpai senjata api di kediaman tersebut. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

senjata api, kanak-kanak, BBQ

Artikel Lain