suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak durjana rogol ibu kandung 3 kali, pukul guna paip PVC

Seorang ibu menjadi mangsa rogol oleh anaknya sendiri. Gambar hiasan

SEORANG lelaki dipenjara selama 17 tahun selepas merogol ibunya dan mengakibatkan pinggang mangsa patah.

Kejadian yang berlaku di barat Australia ketika lelaki berkenaan di bawah pengaruh dadah.

Menerusi pendengaran mahkamah, seorang lelaki didapati merogol ibunya tiga kali ketika di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine.

Menjatuhkan hukuman tersebut, hakim menyifatkan jenayah itu sebagai antara yang terkutuk dan antara yang paling teruk pernah didengarinya sepanjang kerjayanya.

"Orang-orang yang berada di bawah pengaruhnya (dadah) cenderung melakukan kesalahan jenayah dengan serius termasuk tindakan kejahatan, seperti yang saya kendalikan ini," kata hakim.

"Sudah tentu bukan metilamfetamin yang merogol ibumu... ia adalah kamu," tambahnya.

Dalam kejadian pada November tahun lalu, tertuduh memukul ibunya di pinggang menggunakan batang paip PVC.

Ia mengakibatkan wanita berusia 56 tahun itu terjatuh dan diserat dengan menarik rambut ibunya ke bilik tidur, sebelum melakukan kejadian terkutuk itu sebanyak tiga kali. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

rogol, dadah, methamphetamine, paip PVC,

Artikel Lain