suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesta liar di kolam renang, ramai tak peduli ‘social distancing’

Keadaan kolam renang yang dipenuhi ramai pengunjung. Foto CNN/TWITTER

RIBUAN peserta mengabaikan peraturan penjarakkan sosial ketika berpesta di sebuah kawasan pelancongan di Amerika Syarikat.

Rakaman foto dan video diambil di Lake of the Ozarks di Missouri menunjukkan orang ramai meraikan dalam cuaca panas sambil menari, berenang dan bersantai.

Destinasi pelancongan itu menarik kunjungan ribuan orang sempena Memorial Day pada hujung minggu, meskipun ketika ini dilanda krisis Covid-19.

Keadaan tersebut menunjukkan tahun ini tidak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

Menerusi satu klip video yang dirakamkan di pantai Osage, menunjukkan ratusan pengunjug menikmati minuman keras di kolam renang.

Dalam rakaman itu, hanya beberapa orang yang kekal dengan penjarakkan sosial.

Manakala, lebih ramai yang melanggar peraturan berkenaan.

Rakaman klip video dan foto itu membangkitkan orang ramai di seluruh Amerika Syarikat, berikutan negara itu mendahului dunia berdasarkan jumlah kematian akibat Covid-19. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain