suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dibiar mati kelaparan, muka budak 4 tahun digigit tikus, mayat pula hampir mereput

Mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui dalam keadaan hampir mereput di dalam sebuah katil.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia empat tahun diserang tikus selepas dibiarkan mati kelaparan di dalam katilnya.

Menurut laporan media tempatan, muka kanak-kanak itu mengalami luka teruk akibat digigit tikus manakala badannya hampir mereput di atas katil sebuah rumah dekat Brisbane, Australia.

Kanak-kanak itu yang juga menghidap penyakit Sindrom Down turut dibiarkan mati kelaparan.

Malah bapanya tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa walaupun dia sudah meninggal dunia beberapa hari lalu.

Mangsa sudah meninggal dunia dua hari sebelum mayatnya ditemui polis yang dikerahkan ke lokasi kejadian.

Bapanya, Mark James Dunn, 43, didakwa membunuh anak perempuannya itu pada Sabtu, dua hari sebelum mayatnya ditemui di sebuah rumah.

Polis turut menemui kesan melecur pada kulit kepala kanak-kanak itu.

Ibu mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi selepas bersalin. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

tikus, mati, kelaparan, budak perempuan

Artikel Lain