Wanita sedang tidur maut dipatuk ular tedung dibaling suami

Ular tedung yang mematuk isteri Sooraj sehingga maut.

SEORANG lelaki didakwa membunuh isterinya dengan melepaskan seekor ular tedung di dalam biliknya.

Polis di selatan Kerala, India Selatan berkata rekod panggilan telefon menunjukkan suspek bernama Sooraj menghubungi seorang penjual ular.

Selain itu suspek turut menonton video ular di Internet.

Beberapa bulan lalu, Sooraj, 27, turut mendapatkan seekor ular berbisa jenis viper Russell sebagai cubaan untuk membunuh wanita itu.

Namun mangsa hanya mengalami kecederaan akibat dipatuk dan dimasukkan ke hospital selama dua bulan.

Selepas itu, Sooraj mendapatkan seekor ular tedung dan membaling haiwan itu ke arah isterinya yang sedang tidur.

Sooraj bersama isterinya.

“Sooraj tinggal di bilik sama dengan isterinya dan berlakon seolah-olah tidak tahu apa yang terjadi.

“Dia turut melakukan rutin biasa pada keesokan paginya ketika dikejutkan dengan jeritan ibu mentuanya.

“Mereka membawa isterinya itu ke hospital dan doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia, ” kata polis.

Namun ibu bapa mangsa pelik apabila Sooraj cuba menukar geran hartanah milik isterinya beberapa hari selepas kematiannya.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki berusia setahun.

Penjual ular terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ular tedung, patuk, suami, bunuh, isteri

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain