suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bosan kerana ‘perintah berkurung’, pemuda hasilkan layang-layang gergasi ‘seluar dalam wanita’

Neil Alcantara menghasilkan layang-layang gergasi ketika perintah berkurung. Foto Neil Alcantara/Facebook

BAGI menghilangkan kebosanan kerana 'perintah berkurung', seorang pemuda dari Filipina menjadi tular selepas menghasilkan sebuah layang-layang gergasi yang kelihatan seperti seluar dalam wanita.

Neil Alcantara, dia menghasilkan layang-layang itu bagi tujuan meraih perhatian orang ramai supaya mereka dapat tersenyum meskipun ketika perintah berkurung akibat wabak Covid-19.

Layang-layang tersebut, yang kelihatan seperti sehelai seluar besar berwarna putih dan biru, berukuran 1.5 meter dan telah terbukti dapat terbang tinggi ketika Neil melepaskannya.

Ia diperbuat daripada campuran bahan plastik dan mempunyai perincian yang mengagumkan, seperti hiasan riben dan renda hitam.

Sebagai langkah-langkah keselamatan, Neil bermain layang-layang berkenaan jauh dari kawasan tiang elektrik.

Neil, yang berasal dari Kota Quezon, berkongsi mengenai karyanya itu di laman sosial Facebook.

Menerusi perkongsian tersebut, dia menulis mahukan melakukan sesuatu dan akhirnya ia menarik perhatian media tempatan. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain