suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis wanita melatah pencuri separuh bogel sorok dalam almari

Rakaman kamera menunjukkan seorang pencuri dalam keadaan sepatuh bogel bersembunyi di dalam almari. Foto Staffordshire Police

SEORANG anggota polis wanita dikejutkan dengan penemuan seorang pencuri separuh bogel yang bersembunyi di dalam almari.

Ashley Bowen, 29, ditemui bersembunyi dengan hanya memakai seluar dalam, ketika polis menggeledah kediamannya.

Ia susulan tindakannya memecah masuk sebuah premis tahun lalu.

Menerusi rakaman kamera yang dipasang pada badan anggota polis, seorang pegawai menyuluh ke bawah katil di sebuah bilik, sebelum beralih ke sebuah almari.

Sebaik membuka almari, rakaman kelihatan bergegar berikutan anggota polis itu terkejut.

Pencuri itu kemudian ketawa apabila anggota polis berkenaan melatah.

Bowen, yang kelihatan seperti bogel, cuba bersembunyi di sebalik kot.

Menerusi klip berasingan, kelihatan Bowen berdiri dengan hanya memakai seluar dalam.

Dia kemudian dimaklumkan oleh polis mengenai penahannya kerana disyaki mencuri.

Menurut laporan Stoke-on-Trent Live, Bowen, bersama dengan rakannya, disyaki memasuki sebuah premis di Endon, Staffordshire di England pada 3 Disember tahun lalu. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pencuri, bogel,

Artikel Lain