suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Asteroid berbentuk ‘face mask’ dijangka melintasi bumi minggu depan

Asteroid ini ditemui oleh NASA pada tahun 1998.

ASTEROID pun takut Covid-19.

Mungkin itulah jenaka yang terpacul dari mulut kita apabila melihat asteroid berbentuk penutup mulut dan hidung ini.

Asteroid bersaiz separuh Gunung Everest itu dijangka melintasi bumi pada minggu hadapan.

Bentuk asteroid itu ternyata menarik perhatian ramai, khususnya dalam tempoh ini yang mana seluruh dunia sedang berhadapan Covid-19.

Menurut pusat pemerhatian di Puerto Rico, asteroid 1998 OR2 itu akan melintasi bumi pada 29 April pada jarak 6.3 juta kilometer (km).

Malah, hal itu turut dikongsi agensi berkenaan menerusi laman Twitter @AreciboRadar.

Untuk rekod, asteroid ini ditemui oleh NASA pada 1998. - India Times.

asteroid, NASA, Covid-19

Artikel Lain