suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas pesakit kanser berusia 75 tahun ini berjaya ‘lawan’ Covid-19... dapat ‘standing ovation’ daripada petugas hospital

Warga emas ini berjaya pulih daripada wabak Covid-19 walaupun hanya bergantung dengan satu paru-paru. Foto: Media Scotland

AJAIB! Warga emas ini berjaya pulih daripada wabak Covid-19 walaupun hanya bergantung dengan satu paru-paru.

Lebih mengejutkan, William Burns, 75, sebelum ini juga pernah dua kali menghidap kanser.

Menganggap apa yang berlaku kepada dirinya kini merupakan satu keajaiban, datuk kepada 14 cucu ini berkata: "Ia sesuatu yang ajaib di mana saya berjaya tempuhinya"

Burns sebelum ini pernah menghidap barah prostat dan juga kehilangan sebelah paru-parunya semasa serangan kanser kali kedua, yang menyebabkannya terdedah kepada radang paru-paru.

Ketika disahkan menghidap Covid-19, dia terpaksa mengharungi bersendirian tanpa isterinya, Ruby Ivy, 54, dan lima anak lelaki di sisinya.

Ketika dibenarkan keluar dari Crosshouse Hospital di Ayrshire pada Jumaat, warga emas ini mendapat penghormatan 'standing ovation' daripada petugas perubatan dan pesakit lain. - Metro.co.uk

Covid-19, kanser, standing ovation

Artikel Lain