suria

Korea Selatan guna 'gelang tangan' kesan individu ingkar perintah kuarantin Covid-19

Korea Selatan antara negara yang berjaya meratakan lengkung jangkitan virus itu.

KOREA Selatan akan menggunakan gelang tangan untuk mengesan mereka yang melanggar perintah kuarantin.

Pegawai kerajaan negara itu mengumumkan kira-kira 57,000 individu diarahkan untuk menjalani isolasi diri mungkin meninggalkan telefon bimbit dengan aplikasi pengesanan di rumah.

Rancangan untuk memperluaskan penggunaan gelang tangan di negara itu dibatalkan selepas mendapat tentangan daripada kumpulan hak asasi manusia dan aktivis undang-undang.

Pegawai kerajaan berkata walaupun bimbang mengenai privasi, penggunaan gelang tangan itu amat penting.

Menurut mereka, bilangan individu yang diarah menjalani isolasi diri meninggal selepas negara itu memperkenalkan arahan kuarantin wajib selama dua minggu kepada mereka yang tiba dari luar negara bermula 1 April lalu meningkat.

Gelang tangan itu dilengkapi aplikasi pengesanan yang dipasang pada telefon pintar menerusi Bluetooth dan akan memaklumkan pegawai jika pemakainya meninggalkan rumah atau cuba memusnahkan atau membuang alat tersebut.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan berkata sekurang-kurangnya 886 jangkitan Covid-19 berpunca daripada mereka yang tiba dari luar negara.

Setakat ini kira-kira 10,480 kes positif dengan 211 kematian dilaporkan di negara itu. - Metro.co.uk

Artikel Lain