suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guna kucing untuk main boling, aksi bapa kebosanan sewaktu ‘lockdown’ terima kecaman ramai

Seekor kucing yang dibaling sebagai bola boling oleh pemiliknya di Rusia.

SEORANG bapa menerima kecaman apabila menggunakan seekor kucing milik anaknya sebagai bola boling.

Dia melakukan perkara itu bagi menghilangkan rasa bosan akibat perintah berkurung Covid-19 di negaranya di Rusia.

Dalam rakaman sama, anak kepada lelaki itu merayu agar kucingnya tidak diperlakukan sedemikian.

Kejadian bermula apabila mereka sekeluarga bermain boling di dalam rumah menggunakan sebiji bola.

Isteri kepada wanita itu kemudiannya mencadangkan agar mereka menggunakan kucing sebagai bola.

Cadangan itu disambut baik lelaki berkenaan biarpun anaknya merayu agar kucing itu tidak diapa-apakan.

Video itu turut menunjukkan kucing itu berlari keluar setelah diperlakukan sedemikian.

Dalam pada itu, seorang aktivis hak asasi haiwan membuat laporan polis atas kejadian yang berlaku.

"Orang lain menyanyi di balkoni, berterima kasih pada doktor dan buat sumbangan makanan sewaktu perintah berkurung.

"Cuma mereka yang bermain permainan sebegitu. Ambil kucing dan baling ke arah botol-botol dan rakam video," ujar seorang lagi aktivis haiwan. - Daily Star.

kucing, lockdown, boling

Artikel Lain