suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kongsi kisah pertunangan di Facebook, gadis dipersenda terima cincin kecil - “Adakah ini cincin untuk semut?”

Foto cincin yang dikongsi oleh gadis itu di Facebook.

SEKADAR berkongsi foto cincin pertunangannya di Facebook, gadis ini bagaimanapun menerima reaksi yang cukup negatif.

Ia gara-gara saiz cincinnya yang kelihatan kecil dan dianggap murah.

"Bertunang beberapa bulan lalu. Apa komen anda?" tulis gadis itu di Facebook.

Posting itu pantas menerima lebih 550 tanda suka dan dihujani lebih 1,100 komen.

Namun, rata-ratanya bersifat negatif dan meminta gadis itu mempertimbangkan semula lamaran berkenaan.

Ujar pelayar Facebook, gadis itu sepatutnya menolak lamaran kerana hanya diberikan sebentuk cincin yang kecil.

"Kamu patut tolak lamaran.

"Adakah ia hadir dengan hadiah percuma kanta pembesar?

"Adakah ini cincin untuk semut?" tulis beberapa netizen. 

Identiti gadis itu dan lokasi kejadian bagaimanapun tidak didedahkan.

Apa-apapun, bukan saiz cincin yang menjadi keutamaan tapi keikhlasan hati budi yang patut menjadi sandaran.- Daily Star.

cincin, pertunangan, lamaran

Artikel Lain