suria

Tragedi MH370 jenayah bunuh diri juruterbang - Bekas PM Australia

Abott yang juga perdana menteri pada waktu itu pertama kali mendedahkan perbualannya dengan pemimpin-pemimpin Malaysia menerusi dokumentari Sky News MH370: The Untold Story yang akan disiarkan pada Rabu.

BEKAS Perdana Menteri Australia, Tony Abott mendedahkan bahawa kerajaan Malaysia sememangnya percaya insiden melibatkan penerbangan MH370 berlaku disebabkan tindakan juruterbangnya yang membunuh diri.

"Pemahaman saya sangat jelas, peringkat tertinggi kerajaan Malaysia memang sejak awal lagi berpendapat ia merupakan jenayah bunuh diri juruterbang.

ARTIKEL BERKAITAN: "Meremang pula bulu roma bila teringat balik" - Anak pramugara MH370 harap orang lain tak ulang kesilapan sama

ARTIKEL BERKAITAN: Kokpit, ekor MH370 ditemui?

"Saya ulangi, saya nak tegaskan sekali lagi, bahawa hampir pasti ia perbuatan bunuh diri oleh juruterbang.

"Ia merupakan pembunuhan bunuh diri secara besar-besaran oleh juruterbang," dakwanya.

MH370 hilang pada 8 Mac 2014 selepas bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ia bagaimanapun gagal dihubungi di Laut China Selatan sewaktu dalam perjalanan menuju ke Beijing, China.

Abott yang memegang jawatan selaku perdana menteri pada waktu itu pertama kali mendedahkan perbualannya dengan pemimpin-pemimpin Malaysia menerusi dokumentari Sky News MH370: The Untold Story yang akan disiarkan pada Rabu.

Dua bahagian siasatan itu mendedahkan maklumat terbaharu mengenai kehilangan MH370. - Sky News.

Tony Abott, MH370, bunuh diri

Artikel Lain