suria

Pemuda buat iklan, tawar bayaran untuk bunuh seekor lipas di bawah peti sejuk

Seorang pemuda sanggup membayar upah kepada individu yang boleh membunuh lipas rumahnya.

SEORANG pemuda menawarkan sejumlah wang kepada sesiapa yang datang ke rumahnya untuk membunuh seekor lipas yang besar.

Dalam kejadian di Brisbane, Australia, Bhargav Chavda menemui serangga perosak itu pada pukul 10 malam Isnin semasa mahu mendapatkan snek di peti sejuk di rumahnya.

Gara-gara takut untuk menangkap lipas berkenaan, pelajar berusia 24 tahun itu membuat iklan dengan menawarkan wang kepada sesiapa yang boleh membantu membunuh binatang itu.

Lipas tersebut dipercayai berada di bawah peti sejuk di rumahnya.

Iklan tersebut berbunyi 'Lipas perlu mati secepat mungkin'.

"Akan bayar sebanyak A$20 (RM55.57) di atas tugasan itu.

"Lokasi di kawasan terbuka di ruang tamu/dapur," katanya.

"Sila bawa penyembur serangga sekiranya perlu. Saya hanya ada kain dan penyapu," tambahnya.

Bagaimanapun, tindakan Bhargav itu dihujani dengan komen-komen melucukan, dan tiada seorang pun yang menawarkan diri untuk membunuh lipas itu. - Daily Star

lipas, Brisbane

Artikel Lain