suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden hospital Wuhan meninggal dunia akibat Covid-19

Liu Zhiming. Foto daripada akaun Wechat Hospital Wuhan Wuchang/China Daily/ANN

PRESIDEN Hospital Wuhan Wuchang di wilayah Hubei di China, Liu Zhiming, meninggal dunia akibat dijangkiti koronavirus (Covid-19), pada pukul 10.30 pagi Selasa.

China Central Television melaporkan Liu meninggal dunia selepas mengalami radang paru-paru (pneumonia).

Hospital yang terletak di Jalan Yangyuan di daerah Wuchang merupakan salah satu daripada tujuh hospital yang direka untuk merawat pesakit koronavirus di Wuhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor terawal beri amaran jangkitan koronavirus meninggal dunia

Menurut laporan media Wuhan, Liu merupakan figura yang disegani dalam bidang neurosurgeri.

Pada Jumaat lalu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan pada sidang media memberitahu seramai 1,716 petugas perubatan disahkan dijangkiti virus itu setakat 11 Februari.

Daripada jumlah itu, enam pesakit meninggal dunia. - China Daily/Asia News Network


Artikel Lain